Program Vitamin Ilmu Bersama Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering

10 Julai 2024, Rabu – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang telah mengadakan Program Khidmat Bantu di SK Pangkal Nering (SKPN), Pulai Chondong Kelantan yang merupakan anjuran bersama Ketua Panitia Bahasa Inggeris SKPN bertempat di Pusat Sumber Ibnu Khaldun bersama murid tahun 4-6 seramai 89 orang.

Objektif program ini adalah untuk berkongsi ilmu kepimpinan dan motivasi kepada murid sekolah yang terdiri daripada pengawas PSS, pengawas sekolah dan ketua darjah yang merupakan seorang pemimpin dan contoh kepada murid yang lain.

Antara pengisian program khidmat bantu yang telah dijalankan adalah:

  • Sesi Perkongsian Bersama Pengawas: Bengkel Pemantapan Pengawas & Aktiviti Roda Impian

Sesi perkongsian bersama pengawas ini telah dikendalikan oleh Puan Norfitriah Mat Seman (Pustakawan Kanan) yang bertujuan untuk memantapkan kepimpinan dalam bidang tugas masing-masing dalam pengurusan bidang pengawas serta meningkatkan meningkatkan kemahiran kepimpinan mereka sebagai seorang pemimpin.

  • Resensi Buku

Turut diadakan aktiviti resensi buku yang melibatkan seramai 5 orang murid dan 2 orang guru sekolah tersebut dan semoga aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan untuk berada di hadapan orang ramai sekaligus memupuk amalan membaca dalam kalangan murid sekolah dari peringkat awal lagi.

Program ini diakhiri dengan ucapan daripada Puan Siti Rahmah Mohd Nor (Guru Besar SKPN), ucapan penutup daripada wakil PTA iaitu Puan Alina Hussein (Timbalan Ketua Pustakawan), diikuti dengan majlis perasmian penjenamaan nama baharu pusat sumber iaitu Pusat Sumber Ibnu Khaldun, sesi menandatangani perjanjian rakan strategik bersama sekolah atas dasar perkongsian ilmu dalam pengurusan pusat sumber, dan sesi penyampaian cenderahati.

Pihak PTA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah atas kesudian untuk bekerjasama bagi menganjurkan program ini. Pihak PTA akan terus menyokong serta bersedia untuk berkerjasama lagi bagi program serta aktiviti pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Cik Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply