Program Budaya Ilmu: Pertandingan Bercerita KDP peringkat Daerah Jasin.

20 Jun 2024, Khamis – Kelab Debat dan Pidato UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menganjurkan Program Budaya Ilmu: Pertandingan Bercerita KDP peringkat Daerah Jasin. Program ini merupakan manifestasi komitmen tanggungjawab PTAR dan KDP UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin ke arah kelestarian amalan membaca dalam kalangan masyarakat khususnya murid-murid di sekolah terutama sekitar daerah Jasin dan mahasiswa UiTM sendiri. Selain itu, program ini bertujuan untuk menjalin kerjasama UiTM dengan komuniti setempat.

Sebanyak 6 buah sekolah yang telah menghantar wakil untuk pertandingan ini. Pada penghujung pertandingan ini, hadiah telah disampaikan oleh Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka, diiringi Encik Ahmad Nazri Jaafar, Pustakawan Kanan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga dengan adanya pertandingan seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan pihak PTAR UiTM Cawangan Melaka dan juga komuniti disekelilingnya.

Follow & Like Us:

PTAR UiTM Cawangan Melaka

https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Abdul Azim Ab. Ghani PTAR Jasin Melaka

Leave a Reply