Collaborative Teaching: (FYP) : Library System & MS Word

Pada 20 Jun 2024 (Khamis), Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu telah melaksanakan Collaborative Teaching bersama Final Year Project (FYP) Student mengenai Library System & MS Word. Program bermula 2.30 petang sehingga 4.30 petang yang dikendalikan oleh Dr Wan Safra Wan Ghani dan Puan Nurmaisari Che Anuar sebagai penceramah dan dilaksanakan secara bersemuka di Makmal Komputer (MKD-3).

Collaborative Teaching bersama fakulti disertai oleh 67 orang pelajar semester akhir dan seorang pensyarah. Ia merupakan salah satu inisiatif pensyarah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar platform yang perlu digunakan untuk mencari maklumat dan data dalam penyediaan tesis. Antaranya pangkalan data, ebook dan jurnal-jurnal. Pelbagai teknik dan tips yang diberikan bagi memudahkan pelajar mencari maklumat yang tepat dan berkualiti untuk dijadikan sebagai sumber rujukan.

Selain itu, pelajar diberikan penerangan mengenai teknik dan kaedah yang mudah dalam penyediaan tesis menggunakan Microsoft Word. Pelbagai kaedah dikongsi antaranya Table of Content (TOC), List of Figure (LOF), Page Break, dan lain-lain.

Semoga program ini dapat diteruskan untuk memberi pendedahan mengenai perkhidmatan perpustakaan selaras dengan keperluan warga kampus. Di samping itu, ia juga menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. 

Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply