Program Bicara Alumni UiTMCK 2024 Siri 1: Membina Potensi Diri dan Bekerja dengan Hati

Pada 12 Jun 2024 (Rabu), Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (BPJIA) UiTMCK telah mengadakan Program Bicara Alumni UiTMCK 2024 Siri 1: Membina Potensi Diri dan Bekerja dengan Hati secara hibrid bertempat di HRD(A) yang dihadiri oleh staf dan pelajar UiTMCK dan secara siaran langsung melalui saluran YouTube rasmi UiTM Cawangan Kelantan yang turut disertai oleh para alumni UiTMCK yang menghadiri secara maya.

Program bicara bersama alumni UiTM adalah satu usaha pihak PTA untuk membina hubungan yang lebih erat dan menjalin kolaboasi bersama alumni UiTM khususnya UiTMCK. Alumni UiTM terdiri daripada mereka yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma, ijazah, Master mahupun PhD di mana mana UiTM seluruh sistem. Pemilihan Alumni adalah merangkumi mereka yang berjaya dalam bidang profession masing-masing sama ada sebagai usahawan, tokoh korporat, perbankan, audit, bidang teknologi maklumat, bidang kesenian dan digital serta lain-lain bidang.

Program ini adalah selari dengan hasrat pengurusan PTAR dan juga pengurusan UiTM Cawangan Kelantan yang menggalakkan jalinan kerjasama dan kolaborasi bersama Ikon Alumni yang telah berjaya agar ilmu dan pengalaman mereka dapat memberi inspirasi dan menyuntik motivasi kepada warga UiTM Cawangan Kelantan untuk lebih berjaya dan kompeten dalam mendepani cabaran landskap kerjaya dan kehidupan masa kini serta memahami dengan lebih jelas konsep Kerajaan Madani. Program alumni berkongsi ilmu dan pengetahuan bersama warga juga boleh diibaratkan sebagai Sirih Pulang ke Gagang.

Bagi bicara alumni siri 1 ini, pihak PTA telah menjemput Mejar Bersekutu (PA) Dato’ Wan Azhar bin Yusoff, yang merupakan alumni UiTMCK dan Tokoh Ikon Alumni UiTM Cawangan Kelantan pada tahun 2023. Beliau adalah alumni lepasan Diploma Perakaunan UiTMCK Kampus Kem Kijang bagi kemasukan tahun 1987 dan berpengalaman luas dalam bidang pengauditan, dunia perniagaan dan kesetiausahaan selama 31 tahun. Beliau juga telah memulakan kerjaya sebagai Senior Auditor Arthur Andersen & Co., Hanafiah Raslan & Mohamad (Audit Firm) pada tahun 1993 dan merupakan Pengurus A to Z Management Consultant Audit, Tax, Company Secretary and Business Consultant.

Bagi program ini, beliau telah berkongsi bersama peserta tips dan rahsia kejayaan beliau, cara membina potensi diri untuk mencapai kejayaan dan pencapaian dalam kehidupan serta kepentingan bekerja dengan hati dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Program diakhiri dengan sesi soal jawab dan sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah.

Pihak PTA berharap semoga apa yang telah dikongsikan oleh beliau dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada peserta untuk terus berkembang dan mencapai kejayaan dalam hidup. Secara ringkasnya, bekerja dengan hati bukan sahaja meningkatkan peluang untuk mencapai kejayaan, tetapi juga membentuk ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi orang yang berjaya.

Integrasi antara eksplorasi potensi diri, keupayaan membangunkan potensi diri, berkerja dengan hati, penetapan matlamat hidup yang jelas dan pengaplikasian ciri-ciri orang berjaya adalah asas kepada kejayaan yang berterusan dalam kehidupan. Pihak PTA merakamkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang hadir samada secara fizikal ataupun maya, semoga bermanfaat! Nantikan bicara alumni siri ke 2 yang bakal menanti anda bersama alumni yang seterusnya.

Pautan siaran langsung: https://www.youtube.com/watch?v=v90NRrPqHLk

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply