Rabu,
19 Zulhijjah 1445H,
26 Jun 2024M:
Seramai 48 orang pustakawan Perpustakaan UiTM telah menghadiri Bengkel Pengukuhan dan Pemetaan Proses Kerja Perpustakaan UiTM di Bilik Seminar, Jabatan Arkib Universiti dari 26 hingga 27 Jun 2024
Bengkel ini bertujuan memperkasa pengurusan proses kerja Perpustakaan UiTM menggunakan Repositori Kualiti Universiti. Justeru, dokumen proses kerja di setiap jabatan harus disemak dan ditambah baik agar mengikut piawaian proses sebenar serta harus disokong oleh dokumen-dokumen kualiti seperti akta, polisi, garis panduan, peraturan, panduan, prosedur atau carta alir.
Di dalam ucapan pembukaan bengkel, Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi Haji Jantan berharap agar proses kerja Perpustakaan UiTM senantiasa ditambah baik agar penyampaian perkhidmatan perpustakaan adalah berkualiti dan cekap. Ia juga dapat memenuhi fungsi perpustakaan sebagai organisasi pembelajaran (learning organisation) dalam kalangan warga universiti.
Bengkel ini telah dianjurkan oleh Bahagian Dasar & Perancangan Strategik di bawah kendalian Pluan Nor Azwani Mohamad dengan dibantu oleh Puan Wan Nur Khaledah Wahed.
26 Jun 2024
27 Jun 2024