Pada 27 dan 28 Mei 2024, Perpustakaan Tengku Anis(PTA), UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang telah mengadakan Bengkel Pemantapan Kandungan Digital Repositori bertempat di Bilik IT, PTA selama dua hari.
Bengkel ini merupakan sesi perkongsian pengetahuan dalam pemerkasaan lagi pengetahuan dan garis panduan terkini bagi pengendalian bahan repositori melalui dokumen penetapan Repositori Institusi seiring dengan perkembangan IR 4.0 dalam kalangan staf di Perpustakaan Tengku Anis (PTA) khususnya. Untuk tujuan itu, pihak PTA mengambil inisiatif untuk mengadakan satu kursus kompetensi ICT yang memberi peluang kepada staf PTA terutamanya staf daripada Unit Perpustakaan Digital untuk mengemaskini penetapan dalam melaksanakan tugasan harian dalam proses memuat naik bahan harta intelek universiti.
Objektif bengkel ini adalah untuk:
- Memperkasakan peranan setiap Pendeposit/Depositor bahan Harta lntelek UiTM
- Membentangkan garis panduan bagi pengendalian bahan repositori melalui dokumen Penetapan Repositori lnstitusi
- Memantapkan kemahiran staf yang terlibat dalam proses muat naik bahan repositori
- Memberi pendedahan terhadap format metadata yang bersesuaian bagi bahan digital
- Memastikan kaedah dipraktikkan oleh seluruh PUiTM mematuhi standard yang seragam
Peserta bengkel adalah terdiri daripada staf PTA dan perkongsian telah disampaikan oleh Cik Sazlina Saleh (Pembantu Pustakawan). Para peserta didedahkan metadata yang diperlukan bagi setiap jenis bahan dan langkah yang perlu dilakukan sebelum memuatnaik bahan ke dalam sistem IR. Para peserta juga diberi tunjuk ajar dan melakukan sendiri proses memuatnaik bahan yang telah disediakan. Bengkel ini turut memberi pendedahan dan berkongsi cara kerja bagi Unit Perpustakaan Digital dalam memuatnaik bahan IR serta sebagai persediaan awal kepada semua staf.
Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang