Sesi Libat Urus PTAR bersama Ketua Pusat Pengajian Institut Pengajian Siswazah (IPSis) dan Institute of Continuing Education and Professional Studies (iCEPS), UiTM Cawangan Melaka

25 Jun 2024, Selasa – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Ketua Pusat Pengajian (KPP), Institut Pengajian Siswazah (IPSis) dan Institute of Continuing Education and Professional Studies (iCEPS), UiTM Cawangan Melaka. Program ini telah dijalankan secara atas talian bermula 11.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari menggunakan medium Google Meet.

Program ini telah dihadiri oleh Dr. Azhana Othman (KPP iCEPS), Dr. Rizuwan Abu Karim (KPP IPSis) bersama 2 orang staf Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya.

Sesi Libat Urus ini dikendalikan oleh Encik Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan, bersama Puan Siti Haidah Md Aziz, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya.

Objektif Sesi Libat Urus ini adalah:

1. Meningkatkan hubungan baik dan kerjasama dua hala antara PTAR dan Pusat-pusat Pengajian.

2. Mempromosi dan menggalakkan penggunaan perkhidmatan digital PTAR UiTM Cawangan Melaka.

3. Mendapatkan dan membincangkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.

4. Membincangkan peranan fakulti dan pensyarah dalam pembangunan koleksi perpustakaan terutama dalam mencadangkan pembelian buku fizikal mahupun eBook yang diperlukan oleh fakulti di PTAR KBM.

5. Menerangkan Dasar Penyerahan Bahan Harta Intelek UiTM (UiTM Institutional Repository, IR) dan menggalakkan pensyarah-pensyarah menyerahkan bahan-bahan yang dikategorikan sebagai bahan harta intelek UiTM kepada PTAR bagi tujuan dimuat naik ke dalam repositori UiTM (ir.uitm.edu.my).

Disediakan oleh: Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply