21 Jun 2024, Jumaat – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Sesi Meet and Greet Bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Ketua Pusat Pengajian dan Wakil Pensyarah UiTM Cawangan Melaka. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk perkongsian maklumat berkenaan dengan bahan silibus dan sumber bahan rujukan elektronik universiti. Selain itu, perkongsian mengenai penyerahan bahan harta intelek telah diberikan kepada semua pensyarah yang hadir bagi membantu meningkatkan penarafan ranking web repositories UiTM.
Antara agenda yang telah dibincangkan adalah seperti berikut:
- Pengenalan Organisasi PTAR UiTM Cawangan Melaka
- Pemilikan Bahan Silibus Mengikut Fakulti
- Cadangan Pembelian Buku Bercetak dan Buku Elektronik
- Repositori Universiti dan Dasar Penyerahan Harta Intelek
Sesi Meet and Greet ini telah diketuai oleh Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dan dikendalikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan dan dibantu oleh 2 (dua) orang Pembantu Pustakawan Kanan iaitu Puan Siti Zawiyah binti Mahat dan Encik Muhamad Firdaus bin Zakaria. Sesi ini telah berlangsung selama hampir 1 jam dan telah dihadiri oleh 23 orang pensyarah.
“Kita harus membangunkan Pembudayaan Ilmu UiTM Sebagai Sebuah Organisasi Pembelajaran (Learning Organisation) buat semua warga. Di universiti, bakat staf akademik dan bukan akademik adalah sama penting dalam membawa kejayaan yang bermakna kepada universiti. Universiti sememangnya tidak akan terpisah dengan iklim budaya ilmu”(Ucapan Amanat Naib Canselor UiTM 2024 – 9 Februari 2024 di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam)
Pautan Tiktok: KLIK SINI
Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah