Taklimat dan Lawatan Ahli Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas (KFK) Rekod dan Arkib Universiti Awam Ke Unit Arkib Cawangan Melaka

05 Jun 2024, Rabu – Unit Arkib Cawangan Melaka telah menerima kunjungan daripada Ahli Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas (KFK) Rekod dan Arkib Universiti Awam sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas (KFK) Rekod dan Arkib Universiti Awam Bil.1/2024 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Seramai 19 orang daripada Universiti Awam dan 6 orang daripada UiTM Shah Alam yang mengikuti lawatan ke Unit Arkib Cawangan Melaka.

Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat pengenalan Unit Arkib Cawangan Melaka oleh Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dan disambung oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan untuk penerangan mengenai perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka.

Sesi lawatan di Unit Arkib telah dibantu oleh semua staf Unit Arkib iaitu Encik Jonizam bin Abu Kasim, Pembantu Pustakawan Kanan, Encik Muhamad Asri bin Abu Hashim, Pembantu Pustakawan, Puan Suzaimy binti Senin dan Encik Kamalrulamir bin Amat, Pembantu Pustakawan Kanan. Pihak Unit Arkib amat mengalu-alukan kehadiran ke semua ahli jawatankuasa mesyuarat Kumpulan Fokus Khas (KFK) Rekod dan Arkib Universiti Awam.

Lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui keseluruhan berkaitan dengan hal ehwal Pengurusan Rekod Universiti di Unit Arkib Cawangan Melaka. Semoga lawatan ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.

Pautan Tiktok: KLIK SINI

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply