07 Jun 2024, Jumaat – Unit Arkib Cawangan Melaka dan Jabatan Audit Negara Negeri Melaka telah berkunjung ke Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah bagi membuat semakan dokumen pelupusan rekod kewangan dan perakaunan (kumpulan 2) Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Semakan dokumen ini telah dihadiri oleh 3 orang wakil dari Jabatan Audit Negara Negeri Melaka iaitu:
- Puan Nur Fadilah binti Abdul Mutalib – Penolong Pengarah Audit
- Puan Fatin Syahida binti Wahid – Penolong Juruaudit
- Encik Anas Faizulrizal bin Ibrahim – Penolong Juruaudit
Semoga melalui semakan seperti ini ianya dapat menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM.
Pautan Tiktok: KLIK SINI
Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah