Sesi Dialog Bersama Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024

11 Jun 2024, Selasa – Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Sesi Dialog Bersama Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka pada ketentuan berikut: 

Tarikh : 11 Jun 2024 (Selasa)
Masa : 2.30 Petang – 3.30 Petang
Tempat : Dewan Bendahara, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Sesi dialog ini telah dijalankan secara bersemuka di Dewan Bendahara, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dan secara atas talian dengan menggunakan platform Youtube. Sesi dialog ini telah memilih Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan sebagai moderator dan Encik Datu Royniehasim bin Datu Pindatun, Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka sebagai panel. Seramai 70 orang peserta telah menyertai sesi dialog ini.

Semoga sesi dialog ini dapat mempromosikan perkhidmatan rekod dan arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.

Pautan Youtube: KLIK SINI
Pautan Tiktok: KLIK SINI

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply