Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024

11 Jun 2024, Selasa – Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024 dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka pada ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Jun 2024 | Selasa
Masa : 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka dan Dewan Bendahara, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka ini adalah untuk menyokong Perancangan Strategi Perpustakaan UiTM 2024, berdasarkan agenda Globally Marketable – Turning Globally Marketable Staff. Diharapkan dengan adanya program ini akan memberi kesedaran kepada warga UiTM Cawangan Melaka tentang peranan dan kepentingan Unit Arkib Cawangan Melaka, disamping memberi kesedaran tentang pengurusan rekod penting Universiti.

Objektif penganjuran program adalah untuk:

  1. Meningkatkan kesedaran warga universiti tentang kepentingan rekod dan arkib.
  2. Meningkatkan kesedaran di kalangan pengurusan kanan tentang faedah pengurusan rekod untuk tadbir urus dan pembangunan yang baik.
  3. Meningkatkan pemahaman warga UiTM tentang keperluan pemeliharaan dan akses arkib jangka panjang.
  4. Mempamerkan dokumen unik, luar biasa dan jarang dijumpai yang tersimpan di institusi arkib; dan
  5. Memajukan imej rekod dan arkib untuk meningkatkan ketampakan mereka di peringkat kebangsaaan dan global.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Sambutan Hari Arkib Antarabangsa peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024 adalah seperti berikut:

  1. Bengkel Pengurusan Rekod dan Format Surat Rasmi UiTM
  2. Sesi Dialog Bersama Arkib Negera Malaysia Negeri Melaka
  3. Pameran History Walk (Pengunjung Bertuah)
  4. Kuiz Find & Wins
  5. Booth Penjilidan dan Pengenyahan Bahan Arkib
  6. Booth Penyerahan Rekod Penting Universiti dan Derma Koleksi ITM/UiTM
  7. Online Finding Archive (OFA4U)
  8. Pameran Perpaduan Dalam Kepelbagaian

Maklumat lanjut: https://melaka.library.uitm.edu.my/unitarkib/hariarkib2024

Pautan Tiktok: KLIK SINI

Semoga penganjuran Hari Arkib Antarabangsa peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024 ini mampu menjadi wadah bagi profesional dan komuniti arkib berkongsi maklumat pintar dan mentransformasi peranan dan tanggunggjawab bagi mengharungi cabaran masa hadapan.

Pautan Teaser Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2024: https://youtu.be/grUrp6d9M8Q

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply