Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024

11 Jun 2024, Selasa – Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Majlis Perasmian Penutupan sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024 pada ketentuan berikut :

Tarikh : 11 Jun 2024 (Selasa)
Masa : 3.30 Petang – 4.30 Petang
Tempat : Dewan Bendahara, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024 telah berlangsung pada 11 Jun 2024 (Selasa). Program ini telah diketuai oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan dan bersama ahli jawatankuasa yang lain iaitu kakitangan PTAR UiTM Cawangan Melaka terdiri dari Kampus Alor Gajah, Kampus Bandaraya Melaka dan Kampus Jasin.

Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di Unit Arkib Cawangan Melaka dan Dewan Bendahara, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Tujuan program ini diadakan bagi menyokong Perancangan Strategi Perpustakaan UiTM 2024, berdasarkan agenda Globally Marketable – Turning Globally Marketable Staff. Diharapkan dengan adanya program ini akan memberi kesedaran kepada warga UiTM Cawangan Melaka tentang peranan dan kepentingan Unit Arkib Cawangan Melaka, disamping memberi kesedaran tentang pengurusan rekod penting Universiti.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024 adalah seperti berikut:

  1. Bengkel Pengurusan Rekod dan Format Surat Rasmi UiTM
  2. Sesi Dialog Bersama Arkib Negera Malaysia Negeri Melaka
  3. Pameran History Walk (Pengunjung Bertuah)
  4. Kuiz Find & Wins
  5. Booth Penjilidan dan Pengenyahan Bahan Arkib
  6. Booth Penyerahan Rekod Penting Universiti dan Derma Koleksi ITM/UiTM
  7. Online Finding Archive (OFA4U)
  8. Pameran Perpaduan Dalam Kepelbagaian

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan di Dewan Bendahara, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah pada jam 4.00 petang. Majlis penyampaian hadiah juga telah disampaikan oleh Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka kepada para pemenang bagi kategori yang berikut:

KATEGORI KUIZ FIND & WIN

  1. Pemenang Pertama: Saudara Iskandar Shah bin Mohamad Afindi
  2. Pemenang Kedua: Saudara Muhammad Aizad Aqmal bin Adna
  3. Pemenang Ketiga: Saudara Muhamad Alif Aiman bin Mustika

KATEGORI KUIZ KAHOOT BENGKEL PENGURUSAN REKOD DAN FORMAT SURAT RASMI UiTM

KATEGORI ANUGERAH PENGURUS REKOD TERBAIK 2024

Selepas selesai Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024, Encik Datu dibawa ke Unit Arkib Cawangan Melaka bagi melihat suasana sekitar Unit Arkib dengan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024.

Keseluruhannya, program ini mendapat maklumbalas yang sangat baik daripada warga UiTM Cawangan Melaka dalam membantu meningkatkan ketampakan fungsi dan peranan Unit Arkib. Seterusnya ianya mampu menjadi wadah bagi profesional dan komuniti arkib berkongsi maklumat pintar dan mentransformasi peranan dan tanggunggjawab bagi mengharungi cabaran masa hadapan.

  1. Pautan Tiktok: KLIK SINI
  2. Pautan Youtube Montaj Perasmian Penutup: KLIK SINI

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply