Bengkel Pengurusan Rekod dan Format Surat Rasmi UiTM Sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024

11 Jun 2024, Selasa – Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Rekod dan Format Surat Rasmi UiTM Bersama Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) UiTM Cawangan Melaka yang telah dilantik oleh Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka.

Bengkel ini telah dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat pengenalan dan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan yang disampaikan oleh Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan. Sesi seterusnya bengkel diteruskan dengan taklimat format surat rasmi dan taklimat pengurusan rekod oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan. Bengkel ini telah disertai oleh 62 orang peserta terdiri daripada staf yang telah dilantik menjadi PRJ & PTRJ daripada Kampus Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin. Kursus ini telah dikendalikan secara bersemuka di Dewan Bendahara, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Objektif penganjuran kursus adalah untuk:

  1. Mengetahui asas pengurusan fail dan rekod secara teori.
  2. Memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod.
  3. Memberi kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].
  4. Menambah kefahaman tentang peruntukan perundangan lain yang berkaitan dengan pengurusan fail dan rekod.
  5. Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
  6. Mengaplikasi proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.
  7. Mempelajari cara penyediaan surat rasmi mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia dan UiTM

Pautan Tiktok: KLIK SINI

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply