Aktiviti Sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024

11 Jun 2024, Selasa – Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan aktiviti Pameran History Walk dan Kuiz Find & Win sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024 pada ketentuan berikut :

Tarikh : 11 Jun 2024 (Selasa)
Masa : 9.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari
Tempat : Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Antara pameran dan aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

  1. Pameran Sejarah UiTM dan UiTM Cawangan Melaka
  2. Pameran Peneraju ITM/UiTM Cawangan Melaka
  3. Pameran Bahan Penerbitan Unit Arkib Cawangan Melaka (Archive Collection)
  4. Pameran Gambar & Buku Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Melaka
  5. Kuiz Find & Win
  6. Booth Penyerahan Rekod Penting Universiti dan Derma Koleksi ITM/UiTM Cawangan Melaka
  7. Booth Peralatan Penjilidan Bahan dan Pengenyahan Bahan Arkib
  8. Online Finding Archive (OFA4U)
  9. Pameran Perpaduan Dalam Kepelbagaian

PAMERAN HISTORY WALK

KUIZ FIND & WIN

BOOTH PENJILIDAN DAN PENGENYAHAN BAHAN ARKIB

BOOTH PENYERAHAN REKOD PENTING UNIVERSITI DAN DERMA KOLEKSI ITM/UiTM

ONLINE FINDING ARCHIVE (OFA4U)

PAMERAN PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka telah berkerjasama bersama Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka dengan menyediakan Pameran bertajuk “Perpaduan Dalam Kepelbagaian” sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024. Pameran ini akan diadakan bermula 11 Jun 2024 sehingga 19 Jun 2024. Warga UiTM Cawangan Melaka dijemput hadir ke Unit Arkib bagi melihat pameran tersebut.

Pautan Tiktok: KLIK SINI

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply