Liputan program siaran langsung dan khidmat jurufoto PTAR di Majlis Penyerahan Bantuan JHEKS 2024

Khamis,
21 Zulkaedah 1445H,
30 Mei 2024M:

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah diundang untuk mengadakan liputan program siaran langsung dan khidmat jurofoto sempena Majlis Penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) peringkat Zon Tengah tahun 2024 pada: 

Tarikh: 30 Mei 2024 (Khamis) 
Masa: 1:00 petang hingga 5:00 petang 
Tempat: Tingkat 4, Dewan Orkid, Wisma PKPS Shah Alam

Di dalam majlis itu, sebanyak 71 kesatuan sekerja termasuk Kesatuan Kakitangan Umum UiTM telah menerima bantuan berupa wang tunai yang telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia Yang Berhormat Encik Sim Chee Keong.

Wakil PTAR yang telah menghadiri majlis tersebut ialah Puan Aznur Umiza Abu Kasim (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) dan Puan Zuhaslinda Sulaiman (Pustakawan Kanan). 

Manakala Encik Mohd Azrry Zakaria (Pembantu Pustakawan Kanan), Encik Muhammad Fikree Rahmat (Jurufoto), Muhammad Hazhar Abd Aziz (Pembantu Pustakawan) dan Encik Muhammad Faisal Ridhwan Abd. Khalid (Penolong Jurutera – Audio Visul) adalah kumpulan teknikal yang mengendalikan liputan LIVE di saluran facebook JHEKS.

Majlis Penyerahan Bantuan telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor & Wilayah Persekutuan (JHEKS). 

Pra-Majlis Penyerahan

Majlis Penyerahan 

PTAR Shah Alam

Leave a Reply