Bicara Ilmu: Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa

Jumaat,
29 Zulkaedah 1445H,
7 Jun 2024M:

“Apabila kita berbicara tentang kontekstual tadi ‘Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa’ ianya mesti terkait yang asas iaitu FITRAH YANG ELOK, BENDA YANG BERMANFAAT DAN BENDA YANG MEMBERI PULANGAN YANG BAIK KEPADA MANUSIA UNTUK MAQASID NATIJAH ASAL IAITU PENGABDIAN KEPADA TUHAN”.

“Dan ia TIDAK MENJADI seorang kapitalis yang selagi ada dunia boleh dijarah, dijarah. Selagi boleh dikumpulkan harta, dikumpul. Selagi boleh dimanfaatkan untuk dia, dia akan dimanfaatkan untuk dia”. 

Petikan ucapan di atas diambil daripada program Bicara Ilmu: Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa yang telah bersiaran secara langsung pada: 

Tarikh: 7 Jun 2024 (Jumaat) 

Masa: 3:00 petang

Program yang telah disiarkan secara langsung menerusi medium YouTube dan Facebook Perpustakaan UiTM telah mengundang Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin dan dihoskan oleh Ketua Pustakawan UiTM Ts Haji Azizi Haji Jantan. 

PTAR Shah Alam

Leave a Reply