BENGKEL PEMBANGUNAN PERANCANGAN STRATEGIK UITM2030 BERSAMA LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI (LPU) DAN PENGURUSAN KANAN UITM

Jumaat,
22 Zulkaedah 1445H,
31 Mei 2024M:

Ketua Pustakawan UiTM Ts Hj Azizi Hj Jantan bersama-sama dua orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) iaitu Puan Nor Azwani Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan) dan Encik Mohd Izwan Salim (Pustakawan Kanan) telah menghadiri Bengkel UiTM 2030 pada: 

Tarikh: 29 hingga 31 Mei 2024 (Rabu hingga Jumaat) 

Tempat: Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan 
Aktiviti: 

  1. Bengkel Pembangunan Perancangan Strategik UiTM 2030 bersama Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan Pengurusan Kanan UiTM
  2. Pembentangan Pencapaian Prestasi Sukuan Pertama (Q1) 2024 
  3. Anugerah Kecemerlangan Prestasi UiTM 2023 
  4. Falsafah Penghayatan Nilai-Nilai UiTM

Manakala Encik Mohd Khairul Idzwan Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi) turut menghadiri bengkel ini bersama pengurusan teringgi Kesatuan Kakitangan Umum UiTM yang lain. 

Bengkel ini
dianjurkan oleh Bahagian Transformasi Universiti (BTU) dan Pejabat Naib Canselor dengan kerjasama ILD. 

PTAR Shah Alam

Leave a Reply