Program Bicara Pakar Bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Terengganu

Pada 11 Jun 2024,Selasa, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Terengganu dengan Kerjasama Akademi Zakat (AZKA)@PPZ telah mengadakan Program Bicara Pakar bersama Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit (AKPK) bertempat di Sudut AZKA @ Library Community Engagement (LCE) dan disiarkan secara langsung di Facebook Perpustakaan  Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu. Program ini telah menampilkan penceramah jemputan iaitu Puan Junainah binti Ahmad Esa, Ketua AKPK Cawangan Kuala Terengganu, dengan kupasan tajuk “Urus Wang, Minda Tenang”.

Objektif utama program ini diadakan ialah sebagai inisiatif untuk memberi pendidikan kewangan kepada orang ramai mengenai pengurusan kewangan, di samping menambah pengetahuan menguruskan kehidupan membabitkan kewangan; pinjaman, simpanan, perbelanjaan harian dan sebagainya.

Agensi Kauseling dan Pengurusan Kredit atau lebih dikenali AKPK ialah sebuah agensi di bawah Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan pada 17 April 2006 bagi membantu individu mengendalikan situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak. Aktiviti utama agensi ini ialah pendidikan kewangan, kaunseling kewangan dan program pengurusan kredit. Pihak AKPK juga sentiasa mengalu-alukan semua komuniti untuk mendapatkan khidmat rundingan kewangan secara percuma di mana-mana agensi AKPK terdekat.

Antara input penting yang disampai oleh penceramah bagi menentukan kejayaan pengurusan kewangan seseorang adalah seperti memberi pendedahan kepada pengurusan kewangan, memberi info mengenai sebab dan tanda awal masalah kewangan serta tips perancangan kewangan dan menangani masalah kewangan, terutamanya kepada para pelajar yang akan mula melangkah ke alam pekerjaan.

Program yang dijalankan selama sejam setengah bermula 10.00 pagi hingga 11.30 pagi ini telah mendapat sambutan yang menggalakan denganpenyertaaan seramai 258 orang peserta; peserta bersemuka daripada pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan dan Perniagaan. Turut disediakan ialah e-sijil penyertaan kepada semua peserta yang hadir secara bersemuka dan secara maya, e-merit kepada pelajar UiTM Cawangan Terengganu dan rekod jam latihan staf UiTM kepada semua peserta yang terdiri daripada staf UiTM cawangan yang menyertai sesi bicara ilmu ini.

Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program ini.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply