Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Bersama Bahagian/PTJ: Lawatan & Khidmat Runding-Taklimat Penggunaan Basic NAS STORAGE: SYNOLOGY DISKSTATION DS920+(ProMADT 2024)

Unit Arkib UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah mengadakan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Bersama Bahagian/PTJ: Lawatan & Khidmat Runding – Taklimat Penggunaan Basic NAS Storage: Synology Diskstation DS920+ (ProMADT 2024) yang dijalankan secara bersemuka pada 4 Jun 2024, Selasa yang lalu. Sesi taklimat dan perkongsian ini telah dikendalikan oleh Encik Md Kamil bin Ibrahim, Pustakawan Kanan, dan dihadiri oleh enam (6) orang staf Bahagian Pentadbiran UiTMCT Kampus Dungun serta seorang wakil staf daripada Bahagian Infostruktur iaitu Puan Sarah Syazwani binti Shah Kamarrudin, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan. Sesi libat urus ini dilaksanakan khusus untuk Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) di Bahagian Pentadbiran UiTMCT Kampus Dungun.

Dalam sesi tersebut, pengisian yang dilaksanakan ialah perkongsian Penggunaan Basic NAS Storage: Synology Diskstation DS920+ (ProMADT 2024) berkaitan dengan pengurusan rekod seperti memantau penjagaan dokumen, penyimpanan dokumen dan memastikan rekod yang diwujudkan, diselenggara dan dilupuskan mengikut dasar, prosedur dan standard yang ditetapkan. Penggunaan Basic NAS Storage secara optimum juga merupakan salah satu inisiatif dalam perancangan strategik untuk merealisasikan pengurusan dokumen secara digital di UiTM Cawangan Terengganu.

Sesi tersebut bermula pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang di Makmal Komputer Ibnu Saffar, Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun.

Disediakan oleh: Cik Lailatul Akma bt. Omar, Pembantu Pustakawan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply