Bengkel Penyediaan Profil Penyelidik UiTM Cawangan Terengganu 2024

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu telah dijemput untuk bekerjasama dengan Unit Pengurusan Penyelidikan, Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, bagi menganjurkan Bengkel Penyediaan Profil Penyelidik yang mensasarkan penglibatan staf UiTM Cawangan Terengganu pada 6 dan 9 Jun 2024 yang lalu. Program ini telah diadakan di Makmal Komputer Ibnu Saffar, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun.

Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah untuk memberi panduan kepada para staf akademik untuk:

  • mewujudkan profil penyelidik sekurang-kurangnya pada platform Google Scholar dan ORCID.
  • mengemaskini penerbitan dan profil mereka pada platform Google Scholar, Web of Science, SCOPUS dan ORCID.
  • meningkatkan ketampakan penyelidik dan penyelidikan UiTM Cawangan Terengganu.

Semoga inisiatif ini dapat meningkatkan ketampakan penyelidik dan penyelidikan universiti.

Disediakan oleh: Cik Asmahani Abdullah, Perpustakaan Cendekiawan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply