Bertempat di ruang LCE, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh, telah berlangsung sesi santai bersama Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali pada 20 Mei 2024. Sesi ini turut dihadiri oleh barisan ahli tetap Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) dan semua staf PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Antara objektif sesi santai bersama Rektor ini adalah untuk beramah mesra dengan staf-staf perpustakaan selain mendapatkan maklum balas tentang tugasan di perpustakaan. Dalam pertemuan selama satu jam setengah itu, Rektor dan barisan ahli tetap JKEN telah sudi mendengar permasalahan dan cadangan yang disampaikan oleh staf-staf perpustakaan. Semoga segala cadangan yang dikemukakan mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya daripada pihak pengurusan tertinggi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang efektif serta penyediaan kemudahan yang kondusif di perpustakaan.
Disediakan oleh : Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan