Unit for Curriculum Affairs and Academic Development (UCAAD) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka akan menjalankan bengkel di atas seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 14 MAC 2024
Masa: 9.30 pagi – 1.30 petang
Platform: Cisco WEBEX
Bengkel ini adalah satu inisiatif dalam membantu pensyarah dan penyelidik menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (A.I) dalam penulisan dan penerbitan artikel surat khabar. Bengkel ini telah disempurnakan oleh Puan Siti Hajar binti Abd Aziz, Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Cawangan Melaka.
Bengkel ini merupakan bengkel yang menumpukan usaha kepada meningkatkan penerbitan ilmiah pensyarah dan kakitangan bukan akademik dengan penggunaan aplikasi kecerdasan buatan yang terkini. Di samping itu, bengkel ini juga berperanan membantu peserta mengasah kemahiran menulis artikel di suratkhabar atau penerbitan lain yang merupakan satu KPI pensyarah serta mencapai objektif menghasilkan penulisan ilmiah yang bermutu tinggi di dalam mencemerlangkan universiti.
Disediakan oleh: Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka