Sesi Libat Urus PTAR bersama Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP), UiTM Cawangan Melaka

20 Mei 2024, Isnin – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Ketua Pusat Pengajian (KPP), Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP), UiTM Cawangan Melaka. Program ini telah dijalankan secara bersemuka bermula 2.30 petang sehingga 3.30 petang di PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya.

Program ini telah dihadiri oleh Encik Akmal Adanan (KPP FPHP), Puan Fadhilah Zainal Abidin (pensyarah FPHP) bersama 2 orang staf Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya.

Sesi Libat Urus ini dikendalikan oleh Encik Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan, bersama Puan Siti Haidah Md Aziz, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya.

Disediakan oleh: Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply