Little Free Library – Take A Book, Share A Book

Berita baik untuk anda yang tiada ruang menyimpan buku yang sudah dibaca dan tidak digunakan lagi (buku masih berada dalam keadaan baik). PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya sedang menganjurkan Program Sumbangan Buku di bawah salah satu inisiatif Gerakan Membaca dan Read@UiTM.

Semua warga UiTM Cawangan Melaka dialu-alukan untuk menyumbang buku bagi menyokong program pembudayaan ilmu dan peningkatan literasi maklumat ini. Anda juga boleh mengambil atau menukar buku-buku di Little Free Library secara percuma! Sebarang pertanyaan boleh hubungi kaunter PTAR aras 1 KBM (06-2857165) atau anda boleh datang terus ke PTAR aras 1 KBM.

Disediakan oleh: Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply