Bengkel Proses Pendigitalan Bahan Repositori Universiti (IR) di UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya

6 Mac 2024: Telah berlangsung bengkel ringkas mengenai proses pendigitalan bahan Repositori Universiti (IR) di UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya. Bengkel ini dijalankan bertujuan melatih staf-staf tambahan yang akan membantu dan melancarkan proses pendigitalan bahan untuk dimuat naik ke Repositori UiTM. Bengkel ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan dan Encik Jefary Jantan, Pembantu Pustakawan Tertinggi di Kampus Bandaraya Melaka.

Disediakan oleh: Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply