Program Career Networking 5.0 Fakulti Undang-Undang (FUU) di PTAR Undang-Undang (PUU)

Pada 10 Mei 2024 (Jumaat) yang lalu, PTAR Undang-Undang (PUU) telah dipilih sekali lagi bagi lokasi acara penganjuran Program Career Networking 5.0 anjuran Fakulti Undang-Undang. Program berbentuk seminar ini telah menampilkan alumni UiTM sebagai penceramah pada sesi ini.

Aktiviti pembudayaan ilmu ini berlangsung selama 2 jam dengan kehadiran seramai 200 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar semester lima, enam dan lapan Fakulti Undang-Undang. Penghargaan telah diberikan oleh sekretariat program kepada staf PTAR Undang-Undang yang terlibat secara rasmi bagi penyediaan tempat serta peralatan program.

Hanani Rojikin PUU Shah Alam

Leave a Reply