10 Mei 2024, Jumaat – PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah telah menerima pelajar Latihan Industri Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan (IM244), Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Puncak Perdana iaitu:
- Nor Asyikin binti Abdul Rahim
- Nurul Syahirah binti Anuar
- Farhana Shahira binti Borhanudin
Pelajar latihan industri sedang menjalankan latihan di PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin bermula pada 19 Februari 2024 sehingga 04 Ogos 2024. Mereka perlu menjalani latihan di PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah kerana di Kampus Jasin tiada proses perolehan bahan rujukan yang dijalankan di sana dan hanya berpusat di Kampus Alor Gajah. Selain itu, Kampus Alor Gajah juga merupakan pusat untuk proses pengurusan rekod dan arkib.
Pada 14 Mac 2024 – 26 April 2024, mereka telah hadir ke Kampus Alor Gajah untuk mendapatkan latihan di Unit Sumber Rujukan Universiti bagi mempelajari proses – proses kerja sepeti berikut:
- Taklimat Tadbir Urus Unit Sumber Rujukan Universiti
- Proses Perolehan Bahan Rujukan Universiti (Bercetak / Elektronik)
- Proses Penerimaan Bahan Hadiah (Buku dan Majalah)
- Proses Pengkatalogan Bahan Rujukan Universiti dan Bahan Hadiah
- Proses Melengkapkan Fizikal Bahan Rujukan Universiti
- Proses Langganan Majalah
- Muat Naik Artikel Surat Khabar (Newspaper@UiTM)
- Muat Naik Artikel Niche Collection (Islamic Banking)
- Semakan Bahan Silibus UiTM Cawangan Melaka
- Penerimaan dan Permohonan Bahan Harta Intelek UiTM Cawangan Melaka
Pada 29 April 2024 – 10 Mei 2024, mereka telah hadir sekali lagi ke Kampus Alor Gajah untuk mendapatkan latihan di Unit Arkib bagi mempelajari proses – proses kerja sepeti berikut:
- Taklimat Tadbir Urus Unit Arkib Cawangan Melaka
- Pengurusan Rekod (Daftar RQM & RQK)
- Pembukaan Fail sehingga Penutupan Fail
- Format Surat Rasmi UiTM
- Pelantikan Pengurus Rekod Universiti
- Penerimaan Rekod Penting Universiti
- Pendaftaran Rekod Penting Ke Dalam Archive Management System (AMS)
- Pengenyahan Bendasing Bahan Arkib
- Pendigitalan Bahan Arkib
- Penjilidan Bahan Arkib dan Perpustakaan
- Repository E-Gallery UiTM
- Pinjaman dan Rujukan Bahan Arkib
- Program Outreach / Sesi libat Urus
- Lawatan Audit Pengurusan Rekdod
- Pelupusan Rekod Awam dan Rekod Kewangan dan Perakuanan
Pada 09 Mei 2024 telah berlangsung sesi penyerahan hasil kerja penjilidan yang telah dijalankan oleh pelajar latihan industri di Unit Arkib. Semoga anda semua mendapat ilmu yang bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua.
Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah