Sesi Konsultansi Pengurusan Fail Terbuka Kepada Unit Kokurikulum, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

16 Mei 2024, Khamis – Unit Arkib Cawangan Melaka telah mengadakan sesi konsultansi pengurusan fail terbuka kepada Unit Kokurikulum, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Sesi konsutansi ini menerangkan cara pembukaan fail, menulis kertas minit dan penutupan fail. Sesi ini telah berlangsung selama 1 jam yang telah disampaikan oleh Puan Suzaimy binti Senin, Pembantu Pustakawan Kanan kepada Encik Rosli bin Mohd Sehat, Kerani.

Semoga sesi ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.

Sebarang pertanyaan mengenai pengurusan rekod universiti boleh hubungi Whatsapp Business Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka: https://wa.me/6065582081

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply