Penyerahan Sumbangan Buku Tersinggung Dalam Perjuangan Edisi Ke-2 oleh Mantan Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah Kepada PTAR UiTM Cawangan Melaka

06 Mei 2024, Isnin – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menerima sumbangan sebanyak 6 naskhah buku “Tersinggung Dalam Perjuangan” Edisi Ke-2 daripada Mantan Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah. Sesi penyerahan ini telah berlangsung semasa Majlis Sambutan Hari Raya Perdana peringkat UiTM Cawangan Melaka di Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Buku ini telah diserahkan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah kepada Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka dan diiringi oleh Profesor Ts. Dr. Mohd Rasdi bin Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka. Semoga segala yang disumbangkan digunakan dan dimanfaatkan sebaiknya oleh Warga Kampus.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply