Bersempena dengan Hari Bumi yang disambut pada 22 April setiap tahun, Perpustakaan Cendekiawan telah mengambil peranan untuk bekerjasama dengan beberapa unit dalaman dan luar UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) untuk sama-sama menyokong inisiatif ini dengan menganjurkan Program Selamatkan Bumi Kita UiTM Cawangan Terengganu. Program ini diadakan pada 9 Mei 2024, Khamis, bertempat di sekitar kawasan UiTM Cawangan Terengganu dengan melibatkan warga UiTMCT dan komuniti setempat.
Penganjur yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah:-
♻️ Unit Pengurusan Kualiti – EKSA
♻️ Bahagian Pengurusan Fasiliti
♻️ Perpustakaan Cendekiawan
♻️ Persatuan Wanita Universiti Teknologi MARA (PEWANI) UiTMCT
♻️ Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu
♻️ Geng Plastik Ija
♻️ Kelab PROSIS
♻️ OPM655: Project Management
Penganjuran program ini adalah merupakan satu slot dalam Karnival Sihat Sokmo 3.0 UiTM Cawangan Terengganu anjuran PEWANI UiTMCT dan Kelab PROSIS yang diadakan pada 7 hingga 9 Mei 2024. Aktiviti yang dianjurkan dalam slot Program Selamatkan Bumi Kita UiTMCT ini ialah seperti berikut:-
Jom Plogging Bersama
Masa: 7.30 pagi – 10.00 pagi
Lokasi: Pantai berhadapan UiTMCT
Penglibatan: 130 orang peserta
Ceramah Alam Sekitar
Masa: 7.30 pagi – 10.00 pagi
Lokasi: Sudut AZKA@Library Community Engagement Perpustakaan UiTMCT
Penglibatan: 208 orang peserta
Kaunter Kitar Semula (Pakaian Rosak & Barangan)
Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
Lokasi: Dataran Aspirasi UiTMCT
Penglibatan: 95 orang peserta
Penganjuran program ini mampu menyemai nilai murni dalam setiap individu warga UiTMCT dan komuniti melalui aktiviti kitar semula dan kesukarelawanan, selari petunjuk prestasi (PI) yang ditetapkan oleh UiTMCT iaitu:-
- PI075 : Number of University Social Responsibility programmes (USR).
- PI107: Recycling program for university’s waste.
- PI108: Program to reduce the use of paper and plastic on campus.
Diharap semua peserta telah mendapat manfaat dan panduan sebaiknya dalam membudayakan amalan menjaga alam sekitar dan kitar semula demi kelangsungan kehidupan generasi masa depan. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
Disediakan oleh: Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan