Program Khidmat Komuniti: Lawatan Sambil Belajar dari Kolej Vokasional Shah Alam Selangor Siri 2

Jumaat, 2 Zulkaedah 1445H, 10 Mei 2024 : PTAR Kejuruteraan & Kolej Pengajian Kejuruteraan

Seramai 33 orang pelajar dari Kolej Vokasional Shah Alam Selangor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke PTAR Kejuruteraan dan Makmal Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam.

Mereka telah diiringi oleh guru pengiring: 

  1. Pn.Maisarah Hajar Aisyah Binti Esa (Guru Perpustakaan)
  2. Pn.Nurul Hafizah Binti Zainudin (Ketua Program Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data & Aplikasi Web)
  3. Pn.Siva Shangary a/p Bala Subramaniam (Guru Program Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data & Aplikasi Web) 

Turut mengiringi lawatan ini adalah:

  1.  Pn. Azura Binti Mohamad Hashim (Timbalan Ketua Pustakawan)
  2. Pn. Rizana binti Mohd Radwan (Pustakawan Kanan)
  3. Cik Anis Fadilah Binti Zulkifli (Pustakawan) 

Pelajar-pelajar ini telah melawat:

  1. Pepustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan
  2. Makmal Cisco Certified Network Associate (CCNA), FKE
  3. Vehicle Intelligence and Telematics Lab, FKE 

Semoga lawatan kali ini dapat memupuk minat yang mendalam terhadap bidang kejuruteraan di dalam diri pelajar-pelajar ini. 

Norsaliha Mad Mudin PKEJ Shah Alam

Leave a Reply