Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib, Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

12 & 13 Mac 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah mengadakan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib. Bahagian yang terlibat adalah Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA), Unit Peperiksaan, Pejabat Fakulti Jabatan Alam Bina dan Teknologi (JABT) dan Pejabat Fakulti Pusat Pengajian Siswazah.

Sesi Libat Urus ini telah melibatkan Unit Arkib PTAR Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar yang diketuai oleh Puan Siti Basriyah Binti Shaik Baharudin ( Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) serta Puan Nur Aqilah Binti Russli (Pustakawan Kanan) dan dibantu oleh Puan Noor Faridatul Akhma Binti Abu Bakar (Pembantu Pemuliharaan Kanan)

Objektif Sesi Libat Urus ini adalah untuk memberi penerangan kepada Pengurus Rekod di setiap Bahagian atau Unit yang terlibat dengan cara dan kaedah pengurusan rekod mengikut Jabatan Arkib Universiti UiTM serta Jabatan Arkib Negara Malaysia. Dengan adanya Sesi Libat Urus ini, Ianya akan membantu pegawai dan staf memudahkan lagi pengurusan rekod dan arkib di UiTM Cawangan Perak.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar.

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply