Pada Selasa, 30 April 2024, sebagai salah satu usaha dalam pembudayaan ilmu dan galakan membaca di kalangan warga UiTM, Perpustakaan Tun Abdul Razak hari ini dengan rasminya melancarkan program “1 Staf 1 Buku” peringkat UiTM Cawangan Negeri Sembilan, sebagai simbolik dan langkah proaktif dalam mengalakkan warga kampus khususnya staf pentadbiran dan akademik di UiTM Kampus Rembau, untuk membudayakan aktiviti membaca.
Program ini telah disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Encik Hazrilfadila Hussin, Penolong Pendaftar Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau, diiringi oleh Encik Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR. Perasmian program dijalankan secara serentak di ketiga-tiga kampus di bawah naungan UiTM Cawangan Negeri Sembilan pada 9.30 pagi tadi.
Diharap dengan pelancaran program “1 Staf 1 Buku” ini dapat mengimarahkan lagi budaya membaca di kalangan warga UiTM dalam membentuk generasi yang berilmu, khususnya buat warga staf pentadbiran dan staf akademik di UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.
Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau