Program Jom Baca Bersama Untuk 10 minit telah diadakan pada 23hb April 2024 (Selasa) bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Sabah.
Objektif utama program ini adalah sebagai langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan satu budaya membaca di kalangan para pelajar dan komuniti setempat.
Ini amatlah bertepatan dengan tema program iaitu, “Pembacaan Melestarikan Perpaduan”.
Editor : Sharmila Binti Tawakkal, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR Sabah