23 APRIL 2024, RABU – Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu telah menjalankan Program Jom Baca Bersama 10 Minit yang merupakan satu daripada kegiatan utama gerakan Dekad Membaca Kebangsaan 2020 – 2030 dengan tema ‘PEMBACAAN MELESTARIKAN PERPADUAN’. Program ini bertujuan untuk mendorong warga UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu untuk membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.
Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini berlangsung serentak bermula seawal 11.00 pagi hingga 11.10 pagi di seluruh negara bertujuan untuk menerapkan nilai dan budaya cinta akan buku dan cinta akan ilmu. Program terbuka kepada semua Warga UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu
Terima kasih kepada semua warga Perpustakaan Tengku Anis, pelajar dan staf UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu yang menjayakan Progran Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit.
Disediakan oleh: Mohd Anuar Bin Azmin, Pembantu Pustakawan Kanan PTA UiTMCK Kampus Kota Bharu