“Bridging The Workplace Digital Divide”

Tajuk : WORKSHOP BRIDGING THE WORKPLACE DIGITAL DIVIDE

Tarikh : 14 Mac 2024

Masa : 9.00 pagi – 5.00 ptg

Workshop Bridging The Workplace Digital Divide anjuran Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang (PUiTM) iaitu Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) Kampus Jengka dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Raub merupakan inisiatif dalam meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi terutama ketika bekerja di pejabat. Penggunaan teknologi atau digital dalam bekerja telah mengubah landskap pekerjaan secara drastik, memberikan impak positif terhadap produktiviti, kolaborasi, dan inovasi.

Penggunaan perisian produktiviti, aplikasi pengurusan tugas, dan alat digital lainnya membolehkan pekerja untuk melakukan tugas-tugas dengan lebih cepat dan efisien. Selain itu, alat kolaborasi dalam talian seperti platform perbualan, video, dan alat berkongsi dokumen memudahkan pengguna walaupun berada di tempat yang berbeza. Hal ini mempercepatkan pertukaran maklumat, mengumpul dan menganalisis data serta membantu organisasi membuat keputusan yang lebih baik dan cepat.

Di samping itu, penggunaan teknologi juga membantu mengurangkan penggunaan bahan cetak dan pemakaian kertas serta membantu meningkatkan kelestarian alam sekitar dan efisiensi operasi. Melalui penggunaan teknologi atau alat digital, ianya juga bantu memudahkan pembelajaran berterusan dan perkembangan pekerjaan. Workshop Bridging The Workplace Digital Divide” yang telah disampaikan oleh Encik Ts. Sharifuddin Sulaman, Penolong Pengarah, Jabatan Perdana Menteri. 

Objektif :

1.1   Meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi yang berkaitan dengan bidang tugas.

1.2   Meningkatkan penyesuaian pekerja dengan perubahan teknologi yang berterusan dan memastikan mereka terus relevan dalam persekitaran digital yang berubah dengan cepat.

1.3   Meningkatkan ketampakan (visibility) Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang dari usaha-usaha pembudayaan ilmu terutamanya dalam bidang teknologi maklumat.

1.4   Menjadi pusat kecemerlangan bagi program-program pembudayaan ilmu seiring dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education. Semoga apa yang disampaikan dapat membantu dalam proses kerja seharian.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply