Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dengan kerjasama kelab bukan akademik Perpustakaan Tengku Anis Readers’ Club (PTARC) UiTM Cawangan Kelantan telah menganjurkan Bengkel Speed Reading for PTARC Members secara dalam talian menggunakan platform Google Meet bersama ahli PTARC pada 25 Januari 2024 (Khamis). Bengkel ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dengan penyertaan seramai 19 orang peserta.
Instruktor bagi bengkel ini adalah Puan Nordelina Zulkarnain, Pustakawan Kanan PTA yang juga merangkap Penasihat bagi kelab PTARC UiTM Cawangan Kelantan. Objektif anjuran bengkel ini adalah untuk:
- Memberi pendedahan awal tentang apakah itu bacaan pantas, membaca efektif dan teknik bacaan pantas (fixation).
- Membantu para mahasiswa untuk mendapat pemahaman yang jelas terhadap sesuatu konteks ayat.
- Meningkatkan tahap kelajuan membaca mahasiswa dengan mengurangkan masa membaca.
Semoga bengkel sebegini dapat meningkatkan kelajuan membaca mereka dengan mengajar teknik-teknik seperti skimming, scanning dan mengurangkan subvocalization. Sekaligus membolehkan mereka menyerap maklumat dengan lebih cepat yang sangat berguna dalam persekitaran belajar dan professional yang sibuk.
Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang