6 DISEMBER 2023 : 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐳𝐚𝐤 (𝐏𝐓𝐀𝐑) UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar dengan kerjasama 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 (𝐌𝐏𝐏) 𝟐𝟐/𝟐𝟑 dan 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 UiTM Cawangan Perak telah mengadakan Program 𝐵𝑜𝑜𝑘𝑤𝑜𝑛𝑑𝑒𝑟𝑠 𝑂𝑝𝑒𝑛 𝐷𝑎𝑦 dengan bertemakan konsep 𝑹𝑬𝑨𝑫@𝑼𝒊𝑻𝑴. Seramai lebih kurang 200 orang pelajar telah mendaftar sebagai peserta dalam aktiviti yang disediakan sepanjang program tersebut.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Program (Staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) ,Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) & Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Perak) atas kerjasama yang telah dijalankan dalam menjayakan program ini. Tahniah juga kepada semua peserta yang telah sama-sama memeriahkan program kali ini.

Bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dalam program ini berjalan dengan lancar, beberapa orang staf dan pelajar praktikal telah dilantik sebagai ketua biro bagi setiap pertandingan dan permainan yang disediakan. Hal ini bagi menarik pengunjung menyertai aktiviti yang disediakan sepanjang hari program berlangsung. Semua permainan dan pertandingan ini dijalankan secara fizikal dan digital di aras bawah perpustakaan.
Melalui program seperti ini, pihak perpustakaan mendapati aktiviti “Indoor Game” boleh dijadikan daya penarik kepada pengunjung perpustakaan terutama sekali kepada pelajar. Program “Book Buzz” dan “Mic Check Soul Speak” juga memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri berucap di hadapan khalayak ramai serta menyuarakan pendapat masing-masing. Kini, telah banyak perpustakaan akademik di Malaysia telah menyediakan ruang seperti ini khusus kepada pengunjung perpustakaan dan berjaya menjadi tumpuan baharu kepada warga kampus. Di samping dapat menjana pendapatan, ruang yang dibangunkan juga dapat menbina minda pelajar menjadi lebih kreatif dan cerdas selain meningkatkan kualiti pelajar dalam akademik mahupun kokurikulum.
Berikut adalah gambar-gambar dan video (https://vt.tiktok.com/ZSNVhP6kA/) sepanjang program berlangsung. (https://vt.tiktok.com/ZSNXTxNuS/)









Disediakan oleh:
Muhamad Azim bin A’nsori, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar