SHAH ALAM, 9 Oktober 2023 – Seluruh warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam merakamkan ucapan TAHNIAH buat tujuh orang staf atas kenaikan pangkat secara Time-Based berasaskan kecemerlangan ke jawatan Pembantu Pustakawan Kanan gred S22.
Kenaikan pangkat ini telah diperakui oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti ke-191 bertarikh 14 September 2023.
Tujuh orang staf PTAR dan tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat adalah seperti berikut:
- Fadzrul Amri bin Baharudin – 1 Januari 2023
- Nurul Adila binti Jusoh – 4 Januari 2023
- Rozita binti Sharudin – 23 Januari 2023
- Seri Ida Idayu binti Sarffuddin – 1 Februari 2023
- Muhammad Sadruddin bin Salehuddin – 1 Februari 2023
- Amy Suzaima binti Mohd Shafiee – 6 April 2023
- Nur Azini binti Azman – 1 September 2023





