πΉPROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SMK JENGKA 12 & SMK JENGKA 16 πΉ
ποΈTarikh: 27 September 2023
β°Masa: 8:00a.m. – 1:00p.m
πTempat: Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka
π₯ LDK 1 – Aktiviti 1 (Lead Your Time With Knowledge) Fasilitator menerangkan cara mencari βroute KL – Kozanβ kepada para peserta. Peserta diminta untuk mencari laluan dari KL ke Kozan dengan pantas secara berkumpulan atau individu.
βββββββββββββββ
π₯ LDK 2 – Aktiviti 1 (Leaders Are Readers – Speed Reading) Aktiviti Speed Reading bersama para peserta dijalankan dengan tujuan untuk menjimatkan masa pembaca menggunakan teknik- teknik tertentu. Antara tips membaca laju yang dikongsikan oleh fasilitator adalah: πΈteknik jeda πΈteknik stopper βββββββββββββββ
π₯ LDK 3 – Aktiviti 1 (Communicate And Connect – Telefon karat) Aktiviti ini bertujuan untuk menguji tahap perhatian peserta terhadap gerakan yang ditunjukkan oleh fasilitator.
βββββββββββββββ
π₯ LDK 3 – Aktiviti 2 (Komunikasi Kreatif) Aktiviti komunikasi kreatif bersama peserta dijalankan bagi menguji kreativiti peserta untuk berkomunikasi tanpa suara. Peserta akan diberikan 2 pilihan dan diberikan 1 minit bagi mencari ahli kumpulan yang sama perkataan. Aktiviti ini menguji peserta dalam berkomunikasi tanpa suara.
βββββββββββββββ
π₯ LDK 4 – Aktiviti 1 (Work as Team With Knowledge – Bina Roket) Peserta diminta untuk membina roket menggunakan bahan yang diberikan seperti botol, straw, gunting, salotep bersama barang amanah (spaghetti). Ketahanan roket akan diuji dengan membaling roket tersebut.
βββββββββββββββ
Semoga hasil daripada program ini dapat menyokong SDG 4 : Quality Education serta SDG 17: Partnerships to achieve the Goal yang mana memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan