SHAH ALAM, 17 Ogos 2023 – Seramai 155 orang Pustakawan UiTM telah hadir ke Mesyuarat Khas bersama Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi Haji Jantan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Shah Alam secara dalam talian.
Dalam mesyuarat khas ini, Tuan Ts. Haji Azizi telah menyampaikan perancangan beliau dalam memperkasa hala tuju Perpustakaan UiTM menjelang tahun 2024.
Mesyuarat khas yang telah berlangsung selama dua jam telah memperincikan perkara berikut:
6 Pillar Globally Respectable 2024.
- World Class Faculty Members (Academic Staff)
- Turning Globally Student
- Turning Globally Staff (Non-Academic Staf)
- Excellent Supporting Staff
- Highly involved industry & community
- Engaging alumni
- Paper Machine@UiTM adalah platform digital yang membantu, memudah dan menyedia penulisan penyelidikan.
- Ketua Penyelaras Paper Machine@UiTM di PTAR ialah Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria dengan dibantu oleh Pustakawan Bahagian Sokongan Penyelidikan (BSP).
- Penyelaras Paper Machine@UiTM peringkat PTAR cawangan ialah Ketua Bahagian Perkhidmatan di Perpustakaan UiTM cawangan.
- Format taklimat Paper Machine@UiTM perlu diadakan seperti taklimat yang diadakan di Akademi Pengajian Bahasa (APB), Shah Alam iaitu selama 3 jam (1 jam Paper Machine, 1 jam Google Scholar ID/ Scopus/ WoS dan Research Tools, 1 jam Pengkalan Data Dalam Talian langganan PTAR).
- PTAR mengalu-alukan penyumbang template Paper Machine@UiTM.
- Pembangunan ‘niche collection’ PTAR (PTAR negeri Sembilan-Minangkabau, PTAR Kelantan-Batik, PTAR Terengganu-Songket) adalah selari dengan hasrat pembangunan ‘niche collection’ universiti.
- Program ‘Life-Long-Learning’ staf PTAR akan diteruskan seperti format pembelajaran kohort pertama staf PTAR dua tahun lalu.