31 Julai 2023 : Hadir untuk memberikan input dan idea berkaitan kerangka National Digital Library (Academic Library). Dengan pengalaman menguruskan 39 buah Perpustakaan di UiTM, Insya Allah akan memberi manfaat dalam mendigitalkan masyarakat dan negara. Pertemuan ini dipengerusikan oleh En Ahmad Rizal bin Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan & Antarabangsa) JPT.