Program Library Outreach: Misi Akademik X PTAR

SARATOK, 31 JULAI 2023- PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah berkolaborasi bersama Jawatankuasa Misi Akademik UiTM Cawangan Sarawak mengadakan Program Library Outreach: Misi Akademik X PTAR. Program ini telah dilaksanakan di Dewan Sri Krian, Saratok Sarawak.

Program ini merupakan salah satu kolaborasi PTAR bersama dengan JK Misi Akademik UiTM Cawangan Sarawak. Pihak PTAR telah diwakili oleh Cik Amirza Suryati binti Maliki, Pembantu Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2.

Objektif program ini adalah bertujuan memberi pendedahan serta membantu pelajar sekolah terutamanya pelajar menengah atas dan lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM. Selain itu, sesi konsultasi dan promosi juga disediakan bagi menyampaikan maklumat yang berkaitan kemasukan dan syarat untuk masuk ke UiTM. Manakala, PTAR juga mengambil peluang untuk mempromosikan kemudahan serta koleksi yang ada disediakan sekaligus mempromosikan keahlian luar kepada pengunjung yang datang.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply