Program Jawi@UiTM anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam telah berlangsung pada:
Tarikh: 7 Julai 2023 (Jumaat)
Masa: 9:00 pagi hingga 11:00 tengah hari
Tempat: Dewan Muktamar 1, Masjid Al-Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin
Timbalan Pengarah Kanan BHEI Ustaz Mohd Azri Aripin telah sudi menyempurnakan Perasmian Program Jawi@UiTM.
Dalam ucapannya, Ustaz Mohd Azri telah menzahirkan penghargaan buat PTAR dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana bersama-sama menjayakan program Jawi@UiTM yang telah memasuki tahun ketiga penganjurannya. Tambahnya lagi, usaha bagi menjadikan BHEI sebagai hub tulisan Jawi di UiTM akan dapat direalisasikan dengan sokongan semua pihak yang turut mendukung visi dan misi yang sama iaitu menyebar luas dan memartabatkan tulisan Jawi.
Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan turut hadir sebagai tetamu kehormat dalam program ini.
Program Jawi@UiTM telah berlangsung bermula 15 Jun 2023 sehingga 7 Julai 2023 menerusi aktiviti Pertandingan Penulisan Jawi, Forum Semarak Jawi, Klinik Jawi, Diskusi Jawi, program memuliakan Al-Quran (kiosk serahan Al-Quran lusuh/ rosak), pameran, kempen derma darah Pusat Darah Negara, reruai jualan buku Khazanah Fathaniyah, reruai cenderamata dan pameran Mobile Library PTAR.
Program Jawi@UiTM telah diadakan secara hibrid dengan jumlah tontonan seramai 97 tontonan iaitu 50 tontonan fizikal dan 47 tontonan dalam talian. Tontonan semula program ini sila layari saluran YouTube Perpustakaan UiTM dan Facebook BHEI.