15 Jun 2023- Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains dan Teknologi telah berjaya menganjurkan Pertandingan Seni Penulisan Sajak di Dalam Tulisan Jawi bersempena dengan inisiatif Read@UiTM PTAR kearah membudayakan semangat membaca dan mengangkat seni penulisan Sajak dikalangan warga UiTM.
Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dimana para peserta terdiri daripada pelajar yang merangkumi pelbagai fakulti telah bersama-sama menjayakan pertandingan ini. Daya kreativiti dalam menghasilkan karya penulisan sajak didalam tulisan jawi menggunakan teknik penulisan Khat berjaya menarik minat para pelajar disamping hadiah menarik yang ditawarkan.
Objektif penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kreativiti penulisan warga UiTM dalam merangka sajak serta melahirkan rasa cinta akan tulisan jawi. Hasil daripada penganjuran pertandingan, sebanyak 18 karya telah dihantar dan karya yang terbaik telah dipilih berdasarkan seni penulisan khat, ejaan jawi, serta lenggok sajak yang dicipta.