Pertandingan Melukis Poster

20 Jun 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menganjurkan pertandingan melukis poster terbuka kepada sekolah rendah dan menengah pada 15 Jun 2023 sempena Kampus Jasin Open Week bertempat di PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai pertandingan anjuran PTAR ini. Antaranya, Sekolah Kebangsaan Merlimau, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Merlimau, Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua, Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, SMK Tinggi Perempuan Melaka, SMK Dang Anum dan SMK St Francis.

Seramai 75 orang pelajar telah menyertai pertandingan ini. Pemenang dibahagikan mengikut kategori sekolah rendah dan sekolah menengah.

Hadiah utama pertandingan telah ditaja oleh Bank Muamalat Cawangan Melaka.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua.

Follow & Like Us:

PTAR UiTM Cawangan Melaka

https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Abdul Azim Ab. Ghani PTAR Jasin Melaka

Leave a Reply