Program MyPTAR4U: Kempen “Check Out And Redeem Your Mystery Gift”

KOTA SAMARAHAN, 16 JUN 2023 – Unit Perkhidmatan Pelanggan PTAR UiTM Cawangan Sarawak melalui program MyPTAR4U telah mengadakan kempen “Check Out And Redeem Your Mystery Gift”. Program yang diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di PTAR Kampus Samarahan 2 telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dari Fakulti Sains Komputer & Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.

Kempen ini meliputi semua kategori bahan seperti buku motivasi,novel, masakan, kreatif, agama, kekeluargaan, ilmiah, buku berkaitan fakulti dan banyak lagi.

Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan koleksi dan bahan (fizikal/digital/maya), kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di PTAR serta mempertingkatkan jumlah pengunjung dan pinjaman bahan di kalangan warga UiTM.

Terima kasih diucapkan kepada yang hadir dan memberi sokongan terhadap program ini.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply