KOTA SAMARAHAN, 16 JUN 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menerima kunjungan daripada Pustakawan Pusat Sumber, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan Sarawak.
Tujuan lawatan ini adalah bagi menjalankan demonstrasi dan mendapatkan maklumbalas produk inovasi mereka iaitu Turnstatic yang sesuai digunakan di Perpustakaan untuk mengira jumlah pengunjung perpustakaan dengan lebih tepat.
Diharap kunjungan ini dapat mencapai objektif dan diharapkan jalinan kerjasama akan diteruskan pada masa akan datang.