Lawatan Staf Baharu Ke Perpustakaan Kejuruteraan Tun Abdul Razak

Pada 19 Mei 2023 (Jumaat) jam 12.00 tengahari,  Perpustakaan Kejuruteraan Tun Abdul Razak (PKEJ) telah menerima satu sesi lawatan dan kunjungan seorang pembantu pustakawan baharu (S19) diiringi seorang pengiring (Cik Nadiah binti Harun) Pustakawan dari dari Unit Sumber Manusia, PTAR.

Staf baharu tersebut terdiri dari:

1. Cik Nurainzatul Husna binti Mohd Desa, Pembantu Pustakawan (S19)

Sepanjang sesi lawatan dan sesi berkenalan dengan staf Perpustakaan Kejuruteraan, mereka turut diberikan taklimat ringkas berkaitan pentadbiran dan perkhidmatan di perpustakaan Fakulti. Taklimat disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Tertinggi, En. Mohd Fitri Ruslan dan Puan Nur Sakeenah Mahbub.

Perpustakaan Kejuruteraan mengucapkan Syabas dan Selamat Datang serta Selamat Bertugas Cik Nurainzatul Husna. Semoga bersama-sama dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada PTAR dan UiTM .

Rizana Mohd Radwan

Leave a Reply